My Add

Sunday 26 August 2012

Neil Armstrong meninggal dunia


*GAMBAR fail tahun 2005, mendiang Neil Armstrong, Angkasawan Amerika Syarikat (AS) bergambar di hadapan gambar beliau sewaktu beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

WASHINGTON, AHAD, 26 Ogos, 2012: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.

Mendiang berusia 82 tahun.

Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment