My Add

Sunday 26 August 2012

Undang-undang antilompat tidak perlu wujud, tapis bakal calon

KOTA KINABALU, AHAD, 26 Ogos, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena politik.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat “penapisan rapi" calon yang bakal diketengahkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment