My Add

Thursday 16 August 2012

OIC gantung keanggotaan Syria

MEKAH, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria dengan Setiausaha Agung pertubuhan itu, Ekmeleddin Ihsanoglu hari ini menyatakan tindakan itu memberi `mesej tegas’ kepada Damsyik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan luar biasa di sini, OIC berkata, negara anggota bersetuju mengenai `keperluan' untuk mengambil tindakan bagi menamatkan dengan segera keganasan di Syria dan menggantung negara itu daripada OIC.

Kenyataan itu berkata, terdapat kebimbangan mendalam berhubung pembunuhan besar-besaran dan perlakuan tidak berperikemanusian yang dialami oleh rakyat Syria.

Dalam pada itu, OIC juga membuat keputusan untuk membawa isu konflik etnik dan agama yang menyaksikan penindasan etnik Rohingya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

No comments:

Post a Comment