My Add

Friday 10 August 2012

Pelekat atasi alahan kacang


LONDON, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Saintis Perancis menghasilkan sejenis pelekat kesihatan yang dapat membantu menangani masalah alahan terhadap kacang.

Pelekat dikenali sebagai Viaskin Peanut tersebut dicipta dengan sejumlah kecil protein kacang di dalamnya dan boleh membantu beribu-ribu orang yang mengalami alahan yang boleh meragut nyawa tersebut.

Jurucakap syarikat pembangunan pelekat itu, DBV Technologies berkata, ia yang boleh dipakai di tangan atau belakang badan, akan menyaksikan protein tersebut diserap secara beransur-ansur melalui kulit.

Beliau berkata, pelekat itu mempunyai ruang kondensasi yang akan menempatkan dan membenarkan penyebaran protein tersebut.

"Kerana jumlahnya yang kecil, protein tersebut tidak akan menyebabkan reaksi teruk.

"Akhirnya, imuniti badan akan biasa dengan kehadiran protein. Ini menyebabkan seseorang itu tidak lagi mempunyai alahan terhadap kacang,'' kata jurucakap itu.

Beliau berkata, pelekat sebesar syiling 10 pence tersebut baru memasuki tempoh ujian percubaan antarabangsa selama setahun melibatkan 200 pesakit yang mempunyai alahan terhadap kacang.

Ujian tersebut akan menyaksikan sukarelawan menukar pelekat tersebut setiap hari. - AGENSI

No comments:

Post a Comment