My Add

Friday 10 August 2012

Minta maaf secara peribadi kepada Chong Wei

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan perlu meminta maaf secara peribadi kepada Datuk Lee Chong Wei ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan menghina jaguh badminton negara itu pada akaun Twitternya baru-baru ini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, permohonan maaf yang dibuat oleh Manoharan menerusi Twitter kelmarin adalah tidak memadai.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP tersebut membuktikan beliau seorang yang angkuh dan langsung tidak menghargai pengorbanan Chong Wei untuk negara.

"Kita semua maklum Chong Wei terpaksa bertarung dengan jaguh China, Lin Dan pada temasya Olimpik 2012 di London dalam keadaan beliau belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment