My Add

Wednesday 8 August 2012

Pematuhan BAFIA di Malaysia

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Pematuhan dan penguatkuasaan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di Malaysia adalah antara terbaik di dunia.

Bekas Pengerusi EON Bank Bhd., Datuk Gooi Hoe Soon berkata, sejak undang-undang itu dikuatkuasakan rahsia sulit dan hak istimewa pelanggan, pendeposit dan peminjam bank dikawal dan dilindungi dengan begitu baik.

Malah, menurut beliau, pemantauan secara dekat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) telah melengkapkan pelaksanaan dan pematuhan BAFIA dengan lebih sempurna.

"BAFIA dipatuhi semua institusi perbankan dan kewangan di negara ini tanpa ada sebarang pengecualian. Ia penting untuk meluaskan kestabilan dalam sistem kewangan negara.

"Di Malaysia, tidak ada bank atau institusi kewangan yang berani membocorkan maklumat pelanggan, pendeposit dan peminjam kerana dengan berbuat demikian imej, status dan reputasi bank akan terjejas teruk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment