My Add

Wednesday 8 August 2012

Tiga tiada sijil halal tawar bufet Ramadan

Oleh HAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA, SELASA, 07 Ogos, 2012: Umat Islam dinasihatkan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekiranya terdapat pengusaha hotel dan restoran yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menyalahgunakan istilah bufet Ramadan.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, 'Ops Bufet Ramadan' dalam 40 serbuan di sekitar Lembah Klang mendapati tiga premis tidak mempunyai sijil halal dan dua premis lagi diragui kesahihan sijil halal.

Lima premis tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan jika disabitkan kesalahan premis berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000, tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment