My Add

Saturday 11 August 2012

Pemilik lori maut dilanggar perompak

GEORGE TOWN, JUMAAT, 19 Ogos, 2012: – Seorang lelaki maut dilanggar perompak ketika cuba menyelamatkan lorinya daripada dilarikan suspek di Relau, Bayan Lepas di sini hari ini.

Ketua Polis Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin berkata, dalam insiden 3 petang itu, Gunasaran Nadasen, 50, digilis lori miliknya apabila mangsa cuba menghadang kenderaan itu daripada dilarikan seorang lelaki.

"Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian susulan tragedi itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti identiti perompak terbabit serta menyiasat motif kejadian dan meminta saksi tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Setakat ini, polis masih tidak dapat mengesan di mana kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran BDX 2844 terbabit berada,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment