My Add

Tuesday, 21 August 2012

Pemuliharaan penyu di Segari perlu perhatian

LUMUT, SELASA, 21 Ogos, 2012: Pantai Segari kira-kira 35km dari sini yang menjadi lokasi pendaratan penyu jenis Agar dan Lipas memerlukan perhatian lebih serius pihak kerajaan mahu pun bukan kerajaan terutama bagi usaha pemuliharaan penyu di situ.

Ketika ini, usaha pemuliharaan penyu dilakukan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang diusahakan oleh Jabatan Perikanan.

Tetapi pusat itu memerlukan peruntukan secukupnya serta tenaga kerja yang lebih untuk memastikan kawasan seluas 2.4 hektar itu benar-benar menjadi kawasan yang selesa untuk pendaratan penyu.

Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Sani Mohd. Isa berkata, peruntukan yang diperoleh sering kali tidak mencukupi bagi menampung pelbagai kos pengurusan, penyelenggaraan, pembangunan dan pemuliharaan penyu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment