KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mendedahkan bakat-bakat muda yang berpotensi kepada kejohanan bertaraf antarabangsa bermula sekarang sekiranya berhasrat untuk melihat kilauan pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik tercapai.
Ketika membuat gesaan itu, bekas pemain beregu negara, Jalani Sidek berkata, badan induk badminton negara itu tidak boleh mengharapkan pemain-pemain lama seperti perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong untuk terus mengerah kudrat untuk negara.
"Sebenarnya BAM masih mengharapkan pemain-pemain lama seperti mereka bertiga dan saya tidak nampak usaha BAM untuk mendedahkan pemain-pemain yang berbakat dengan kejohanan yang lebih mencabar di peringkat antarabangsa.
"Seperti yang kita ketahui, sasaran kita pada Sukan Olimpik London (yang berakhir baru baru ini) telah gagal namun yang lebih menyedihkan bagi saya ialah kegagalan beregu kita (Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong) yang hampir meraih pingat gangsa namun mensia-siakan peluang itu," katanya.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment