My Add

Saturday 11 August 2012

Pencapaian Pandelela satu fenomena

*KETUA Kontigen Malaysia ke Olimpik London, Tun Ahmad Sarjai (tengah) melihat pingat gangsa yang dimenangi oleh Pandelela Rinong (kanan)- Foto Bernama

LONDON, JUMAAT, 19 Ogos, 2012: Chef-de-Mission Malaysia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan kejayaan Pandelela Rinong anak Pamg merangkul pingat gangsa pada acara terjun Olimpik semalam sebagai satu fenomena, melambangkan semangat juang tulen atlet Malaysia.

Beliau berkata gadis Sarawak berusia 19 tahun itu punya kelebihan dalam dirinya, mara dari permulaan yang lemah pada terjunan pertama untuk mengatasi penerjun lain kelas dunia.

"Beliau adalah satu fenomena. Atlet Malaysia dan orang ramai harus merasa terdorong dengan semangat juangnya," kata Ahmad Sarji kepada pemberita di sini hari ini.

Pandelela merangkul gangsa pada Olimpik 2012 itu yang mempunyai nilai insentif tunai RM300,000 dan RM2,000 pencen bulanan di bawah Skim Insentif Sukan (Shakam) Kementerian Belia dan Sukan selepas mengutip 359.20 mata dalam acara Platform Wanita 10m, di Pusat Akuatik.

Peserta Australia Brittany Broben meraih perak dengan 366.50 mata sementara Chen Ruolin, China mendapat emas dengan 422.30 mata.

Pandelela mengutip 58.50, 78.30, 64.00, 81.60 dan 76.80 mata pada lima acara Platform Wanita 10m peringkat akhir.

Gangsa beliau merupakan pingat pertama bagi kontingen Malaysia untuk acara terjun sejak penyertaan pertama negara di sukan itu iaitu di Olimpik Melbourne 1956.

Mengulas pencapaian keseluruhan atlet Malaysia di Sukan London itu, Ahmad Sarji berkata Malaysia kini sudah berada dalam lengkongan mendapatkan pingat.

"Kita mempunyai infrastruktur terbaik di Malaysia, jurulatih dan atlet juga terbaik.

"Kini masanya untuk kita menentukan bila kita harus mendapatkan emas. Tetapi bagi Sukan London ini, saya cukup puashati kita mendapat dua pingat dari dua sukan berlainan. Ini satu pencapaian kontingen Malaysia.

Ahmad Sarji berkata beliau begitu teruja melihat penonton Britian memberi sokongan kepada atlet mereka sama saja sama ada di peringkat awal atau akhir.

Mereka sentiasa melayan atlet mereka seolah-olah juara. Beliau berkata Malaysia sewajarnya mencontohi sikap rakyat Britain sebegini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment