My Add

Saturday 11 August 2012

Persiapan Aidilfitri musnah dalam kebakaran

GEORGE TOWN, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Persiapan Aidilfitri dua buah keluarga di Kampung Melayu Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini musnah apabila dua rumah teres berkembar yang mereka diami musnah dalam kebakaran hari ini.

Seorang daripada mangsa kebakaran, Cha Osman, 68, berkata, sewaktu kejadian pada 3 petang itu, dia tiada di rumah dan hanya tahu kediamannya terbakar setelah mendapat panggilan telefon daripada cucunya.

"Api itu bermula dari rumah jiran kami dan merebak dalam masa beberapa minit sahaja. Saya hanya sempat menyelamatkan isteri, Ghaya Ahmad, 63, yang tidak boleh berjalan, daripada kebakaran itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Penyelamat Seri Balik Pulau, Asmahisham Ab Aziz berkata, kebakaran itu memusnahkan 100 peratus kedua-dua rumah berkenaan dan menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

"Struktur rumah yang diperbuat daripada papan dan jaraknya yang berdekatan antara satu sama lain menyebabkan api merebak begitu pantas manakala faktor angin kuat turut menyukarkan bomba mengawal kebakaran itu,” katanya.

Beliau berkata, lima jentera enam jentera bersama 41 anggota dihantar ke tempat kejadian dan pasukan bomba dapat mengawal api dalam tempoh 20 minit. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment