My Add

Tuesday 7 August 2012

Pengguna perlu bantu pantau barang kawalan - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Pengguna, khususnya anggota Skuad Rakan Pengguna di seluruh negara perlu memantau dan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai sebarang kenaikan harga terutamanya melibatkan barangan kawalan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menjelang musim perayaan, peniaga seharusnya lebih bertimbang rasa dan bekerjasama dengan pengguna bagi kepentingan serta kebaikan bersama.

"Tiada sebab harga barang perlu dinaikkan. Pengguna juga boleh gunakan kuasa mereka memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga media semalam.

Beliau berkata, KPDNKK telah menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna di seluruh negara tahun ini bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan Aidilfitri ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment