My Add

Tuesday 7 August 2012

Rhoma Irama nafi tiup sentimen agama


JAKARTA, SELASA, 07 Ogos, 2012: Penyanyi dangdut dan pendakwah terkenal Indonesia, Rhoma Irama hari ini menafikan kononnya beliau meniupkan sentimen bangsa dan agama dalam kempen pilihan raya umum gabenor Jakarta baru-baru ini.

Rhoma berkata, ceramah beliau di sebuah masjid di Tanjung Duren, Jakarta Barat baru-baru ini bukan berkempen untuk pilihan raya.

"Saya harus tegaskan bahawa apa yang saya sampaikan di masjid itu bukan kempen (pilihan raya) tapi dakwah, ini istilah yang berbeza,” katanya pada persidangan akhbar selepas memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pengawas Pilihan Raya Umum (Panwaslu) Jakarta di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak melanggar peraturan SARA (suku, agama, ras dan antara golongan) seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya telah diundang oleh Panwaslu bagi menjelaskan sepotong ayat yang diucapkan beliau semasa ceramah itu bahawa orang Islam dilarang memilih bukan Islam sebagai pemimpin.

Menurutnya, beliau sangat menghormati pasangan calon gabenor dan timbalan gabenor Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan Basuki Tjahaja Purnama yang dikenali sebagai Ahok, namun dalam konteks memilih pemimpin beliau harus menyampaikan perintah Allah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment