My Add

Wednesday 22 August 2012

Penghormatan bintang negeri untuk Pandelela



*LAUNGAN Pandelela Boleh! yang dijeritkan ribuan peminat membuatkan Pandelela Rinong tidak henti tersenyum sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING, SELASA, 21 Ogos, 20122:: Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini dengan diberi sambutan sebagai seorang srikandi.

Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlit tempatan pertama dianugerah bintang Johan Kenyalang (JBK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di satu upacara penyampaian anugerah di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.
Pandelela
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin dan melihat isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib menyampaikan cenderahati kepada Pandelela .-Foto BERNAMA

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semasa berucap di upacara itu berkata sebagai gadis pertama pemenang pingat di Olimpik, kerajaan negeri juga mengumumkan satu insentif istimewa kepada jagoan terjun itu berupa biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran selama empat tahun di Australia dengan pilihan tumpuan kepada bidang jurulatih renang atau pengajian tertiari.

Beliau berkata, kebajikan keluarga penerjun wanita itu yang berasal dari Kampung Jugan di Bau dekat sini juga akan dijaga terutama sekali oleh kerajaan persekutuan.

Semasa mengucapkan terima kasih di atas anugerah kerajaan Sarawak kepadanya, Pandelela berkata keutamaannya buat masa sekarang ialah meneruskan program latihan tetapi beliau mungkin menimbang tawaran biasiswa itu oleh kerana tidak menyertai sebarang kejohanan sehinggalah di tahun depan.

"Saya berasa bangga dan ingin mengucap terima kasih kepada Tun kerana memberi kehormatan ini kepada saya, yang juga satu kebanggaan kepada keluarga saya dan semua warga Bidayuh," kata Pandelela. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment