My Add

Thursday 9 August 2012

Penubuhan Jawatankuasa Khas bukan helah politik

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, bukan satu usaha untuk berdolak-dalik atau helah politik.

Sebaliknya tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, usaha tersebut adalah untuk menyelesaikan semua kontroversi berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, jawatankusa itu akan mengkaji segala isu yang dibangkitkan bukan sahaja oleh Kelantan tetapi juga Terengganu dan Pahang.

Katanya, terdapat banyak kekeliruan yang timbul dalam perkara tersebut misalnya dakwaan Kelantan bahawa ada hasil petroleum yang dibayar kepada Terengganu sepatutnya dibayar kepada negeri itu berdasarkan tafsiran sempadan laut antara negeri.

"Oleh kerana masih ada banyak kekeliruan, Jawatankuasa Khas ini adalah forum terbaik supaya isu ini dapat diselesaikan dengan telus, adil dan saksama. Jawatankuasa akan tentukan berapa yang perlu dibayar kepada Kelantan," katanya dalam satu kenyataan dalam facebook beliau hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment