My Add

Friday 17 August 2012

Perak catat 14 kematian dalam Ops Selamat

IPOH, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Ops Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mencatatkan 14 kematian akibat kemalangan di Perak dalam tempoh tiga hari sejak ia dijalankan bermula 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata kematian membabitkan lapan penunggang motosikal, satu pembonceng motosikal, tiga pemandu kereta dan dua penumpang kereta.

"Jumlah itu melibatkan kematian di kawasan ops iaitu lapan orang, kematian luar kawasan ops sebanyak enam orang. Ia melibatkan kaum Melayu lapan orang, Cina tiga orang dan India tiga orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jalan persekutuan mencatatkan rekod kemalangan tertinggi dengan lapan kes, diikuti lebuh raya (1), jalan negeri (2), jalan bandaran (1) dan satu kes bagi jalan-jalan lain.

Punca kemalangan melibatkan lima kes akibat bertembung, lima kes terbabas dan tiga kes langgar belakang, katanya.

Operasi bertema "Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi" itu dijalankankan selama 15 hari dan berakhir 26 Ogos ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment