My Add

Sunday 26 August 2012

Pertindihan permohonan bantuan akan diselesai

KUALA TERENGGANU, AHAD, 26 Ogos, 2012: Masalah pertindihan bantuan di kalangan pemohon akibat bencana alam dan untuk rawatan perubatan di Terengganu dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Langkah ini diambil berikutan berlaku beberapa kes di mana pesakit memperolehi bantuan lebih daripada satu dana disediakan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokthar berkata pihaknya telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengenai perkara itu baru-baru ini.

"Pada dasarnya, kedua-dua jawatankuasa telah bersetuju untuk menyelaraskan dana-dana yang disediakan oleh kerajaan negeri iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Sosial Perubatan dan Tabung Penyakit Kronik.

"Tabung Darul Iman berkemungkinan akan diletakkan di bawah penyelarasan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yahya Khatib manakala Tabung Sosial Perubatan dan Tabung Penyakit Kronik akan diselaraskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan saya sendiri,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment