My Add

Wednesday 22 August 2012

Pertumbuhan ekonomi 4-5%

Oleh TOREK SULONG
BACHOK, SELASA, 21 Ogos, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara pada skala di antara empat hingga lima peratus setahun dalam tempoh tiga tahun berturut-turut termasuk kedudukan yang stabil dan mapan mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pencapaian itu amat penting untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 menerusi pelbagai pencernaan transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Kita yakin angka itu dapat dicapai berasaskan pencapaian lima peratus dalam suku kedua sebagaimana yang diumumkan minggu lalu," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Perupuk di sini hari ini.

Lebih 20,000 penduduk dari kawasan Parlimen Bachok yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaum petani dan nelayan menghadiri majlis tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment