My Add

Friday 10 August 2012

Peruntukan baiki kemudahan sekolah di Pulau Tuba lulus

LANGKAWI, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan RM500,000 bagi menyedia dan membaik pulih kemudahan di tiga sekolah di Pulau Tuba, di sini.

Timbalan Menteri, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, peruntukan itu masing-masing RM150,000 untuk Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak serta RM200,000 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke ketiga-tiga sekolah berkenaan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment