My Add

Friday 10 August 2012

Sarawak alami gangguan bekalan elektrik sejam

MIRI, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Sarawak Energy Bhd (SEB) memohon maaf kepada penduduk Sarawak susulan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan beberapa bahagian di negeri itu, hari ini.

Operator Sistem Grid SEB, Yong Ying Poh berkata, punca gangguan itu masih disiasat. 

"Unit 8 Bakun mengalami gangguan pada 9.56 pagi tadi menyebabkan berlaku masalah teknikal di loji Bintulu yang mengakibatkan penurunan bebanan elektrik daripada 110 MW kepada 47 MW," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kuasa dipulihkan kembali sejam kemudian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment