PULAU PINANG, RABU, 8 Ogos, 2012: Sebuah makmal memproses dadah yang beroperasi di sebuah kondominium mewah di pulau ini diserbu oleh polis kelmarin selepas intipan dijalankan selama dua bulan.
Dalam serbuan di lokasi tumpuan pelancong Batu Feringghi itu, polis merampas 19.05 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM571,500.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Star serta empat butir peluru yang disorokkan di bahagian bawah bateri kereta milik salah seorang suspek.
"Selain itu, polis turut menyita enam buah kenderaan, barang kemas, jet ski, enjin bot serta 'beach buggy' milik kesemua suspek yang bernilai keseluruhan RM213,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment