My Add

Thursday 9 August 2012

POS Malaysia nak beli firma penghantaran di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Pos Malaysia Bhd sedang berbincang untuk membeli sebuah syarikat penghantaran di Timur Tengah untuk mempelbagaikan protfolio perniagaannya, selaras dengan rancangan transformasi lima tahunnya.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Khalid Abdol Rahman, berkata syarikat itu menyasarkan untuk menyelesaikan rundingan hujung tahun ini.

"Kami juga turut melihat kepada pembelian perniagaan logistik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat yang ke-20 di sini, hari ini.

Khalid berkata, syarikat itu, yang memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM100 juta berbanding RM150 juta untuk tahun kewangan terkini, boleh meningkatkannya untuk aktiviti penggabungan dan pembelian.

Beliau berkata, capex itu akan digunakan untuk pertumbuhan dalaman syarikat, di antaranya, pengembangan dan penambahbaikan cawangan sedia ada.

Khalid berkata, Pos Malaysia kini berkerja dengan kumpulan pembangunan harta DRB-HICOM Bhd untuk membangunkan semula tanahnya.

"Kami mempunyai tanah di Brickfields, Kelana Jaya dan Batu Pahat. Kami merancang untuk membuat pembangunan semula komersil di lokasi tersebut termasuk sebuah pejabat pos kecil di lokasi itu," katanya.

Sementara itu, pengerusinya, Datuk Seri Khamil Jamil, berkata syarikat itu menyasarkan untuk menggandakan perolehan dan keuntungan dalam masa lima tahun akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment