My Add

Thursday 9 August 2012

Pengurangan had laju di Jalan Persekutuan, Negeri diteruskan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Pengurangan had laju di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) akan terus dilaksanakan sempena musim perayaan kali ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

"Had laju bagi Jalan Persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j manakala Jalan Negeri ialah 70km/j daripada 80km/j. Ia akan dikuatkuasakan bermula Ahad ini sehingga 26 Ogos depan.

"Kerajaan berharap langkah ini akan membawa impak positif dari segi pengurangan kadar kematian dan kemalangan jalan raya di musim perayaan” katanya selepas melancarkan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 di Terminal Bersepadu Selatan di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment