KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan sebuah laman sosial yang menggunakan nama pergerakan itu untuk memuat turun satu poster yang berbaur hasutan.
Laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak (gambar) di Balai Polis Tun H. S. Lee di sini pada pukul 4 petang ini.
Menurut Ibdilillah, pihaknya mengecam dan memandang serius tindakan pengendali laman sosial terbabit kerana perbuatan itu telah menyentuh sensitiviti agama menerusi poster yang berbaur hasutan.
Beliau berkata, poster yang dimuat turun di laman sosial Facebook yang memaparkan wajah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama itu sebenarnya bukan milik rasmi Pergerakan Pemuda UMNO, malah ia dikendalikan tanpa pengetahuan dan mandat Ketuanya, Khairy Jamaluddin. - UTUSAN.
No comments:
Post a Comment