My Add

Thursday 9 August 2012

PR: Jangan bawa laporan cetus konflik agama


NURUL AINI MOHAMED ALI
PETALING JAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Pakatan Rakyat (PR) khuatir laporan media semalam bahawa "haram" bagi Muslim menyokong DAP boleh mewujudkan konflik agama di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenyataan Utusan Malaysia di bawah tajuk "haram sokong DAP" juga satu kempen pelampau agama.

"Kenyataan yang dikeluarkan Utusan itu seolah-olah terus menjatuhkan hukum.

"Sedangkan Umno juga pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak akan melaksanakan hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Pembangkang berkata, kerajaan harus menumpukan kepada pembangunan negara dan ekonomi kerana ia lebih penting bagi kesejahteraan negara.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia.

"Adakah mereka mahu wujudkan konfli agama di Malaysia?

"Perdana Menteri perlu ambil tindakan, jangan benarkan Utusan Malaysia sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah yang tidak berasas ini," kata beliau merujuk kepada laporan muka depan.

"Kita telah membuat laporan polis di Pulau Pinang berhubung isu ini.

"Kita tidak mahu pemimpin Umno terus terdesak dan khuatir akan kehilangan kuasa jika menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," jelasnya.

Beliau turut berkata, DAP sentiasa menerima dan menghormati peruntukan dalam Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment