My Add

Sunday 12 August 2012

Pusat sedia RM1.9j baiki 700 rumah nelayan di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, AHAD,12 Ogos, 2012:: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM1.9 juta bagi melaksanakan program membaik pulih rumah nelayan di Pulau Pinang tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setiap rumah yang dikenali pasti oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk dibaik pulih akan menerima peruntukan antara RM6,000 hingga RM9,000.

"Sebanyak 700 rumah nelayan dipilih untuk dibaik pulih dan saya difahamkan hampir separuh sudah siap dan sebahagian lagi dijangka siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Bantuan ini adalah satu lagi tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan nelayan supaya mereka dapat tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Baik Pulih Rumah Nelayan di Bagan Ajam, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment