My Add

Wednesday 8 August 2012

Rakyat perlu air, bukan sepanduk - Ibrahim Ali

KOTA BHARU, SELASA, 07 Ogos, 2012: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tetap dengan pendiriannya menyuarakan masalah rakyat di kawasan itu meskipun ia tidak disenangi wakil rakyat Pas.

Ibrahim berkata, beliau bukan ahli politik retorik seperti pemimpin Pas yang hanya pandai menaikkan sepanduk dengan pelbagai slogan indah sedangkan isu-isu rakyat seperti krisis bekalan air bersih di negeri ini termasuk di Pasir Mas terus gagal ditangani.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan wakil rakyat Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad kononnya beliau yang menimbulkan masalah krisis bekalan air bersih di Pasir Mas dan beberapa daerah lain di negeri ini.

"Saya mesti bersuara dan melakukan sesuatu apabila bekalan air terputus apatah lagi terdapat kawasan yang tiada bekalan air sehingga empat ke enam hari, malah ada kawasan yang bekalan airnya hanya sejam sehari sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini," katanya. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment