My Add

Monday 6 August 2012

Reman anggota keluarga terdekat eksekutif TV9 dilanjut

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kematian wanita itu 28 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata tempoh tahanan reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini. 

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam, 29 Julai lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment