My Add

Monday 6 August 2012

Najib lancar Golf CIMB Classic yang tampilkan Tiger Woods


*Datuk Seri Najib Razak menerima peralatan golf jenis 'Putter' daripada Pengerusi CIMB, Tan Sri Md Nor Yusof (kiri) sebagai simbolik pelancaran Kejohanan Golf CIMB Classic di Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail'

PUTRAJAYA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa Malaysia akan terus cemerlang sebagai antara destinasi terkemuka di rantau ini bagi pemain golf profesional.

Semasa melancarkan kejohanan golf CIMB Classic US$6.1 juta di sini, hari ini, Najib berkata beliau menanti-nanti untuk bermain golf dengan Tiger Woods yang mana penganjur kejohanan itu mengesahkan penyertaannya dalam acara itu.

"Jadi, saya fikir, kejohanan CIMB Classic ini akan terus menekankan sejauh mana negara kita telah muncul sebagai penggiat utama dalam arena sukan antarabangsa," katanya pada majlis pelancaran CIMB Classic di sini.

Kejohanan itu akan diadakan mulai 25 hingga 28 Oktober di The Mines Resort and Golf Club.

Selain pemain golf terkenal Tiger Woods, juara sebelum ini seperti Bo Van Pelt dan Ben Crane juga akan ditampilkan pada acara ini.

Dalam satu laporan ESPN.com, Woods dipetik sebagai berkata bahawa beliau telah tidak kembali ke Malaysia sejak 1999, "jadi, ini satu sebab saya mahu kembali".

Ia menyebut kemenangannya juara individu Piala Dunia di Kuala Lumpur tahun itu dan juga juara pasukan bagi Amerika Syarikat dengan Mark O'Meara.
"Seronok untuk kembali ke tempat di mana saya pernah bermain dan menang," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan memberikan sokongan dan komitmen kepada kemajuan sukan golf dan pelancongan golf di negara ini.

Katanya CIMB Classic juga satu isyarat kuat bahawa Malaysia telah muncul sebagai destinasi sukan antarabangsa yang utama.

"Saya menanti-nanti kepada acara tahun ini ..dan berharap berpeluang tee-off dengannya (Woods),” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment