My Add

Thursday 16 August 2012

RM80,000 berjaya dikumpul dalam sehari

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Walaupun baru sehari dilancarkan, Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) dan Kumpulan Utusan mendapat perhatian Management and Science University (MSU) dan Yayasan Al-Khalifah apabila masing-masing menyumbang RM30,000 dan RM50,000.

Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said berkata, pihaknya amat terharu kerana sambutan positif daripada dua pihak tersebut, sekali gus menunjukkan rakyat Malaysia prihatin dalam membantu meringankan beban mangsa konflik etnik di Myanmar.

''Malah, kita banyak menerima panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang berhasrat untuk melakukan usaha murni itu meskipun Tabung Kemanusiaan Rohingya baru dilancarkan semalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment