My Add

Friday 17 August 2012

Sedih ayah disambar buaya menjelang Aidilfitri



*AZWAN Jailani menunjukkan kawasan ayahnya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau, semalam.

TAWAU, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tergamam apabila melihat bapanya yang sedang memukat udang di Sungai Udin dekat sini tiba-tiba disambar seekor buaya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Azwan Jailani, 16, yang hanya berada dalam jarak beberapa meter daripada bapanya, Jailani Indersaya, 54, sekadar mampu melihat lelaki itu ditarik ke dalam sungai.

Katanya, ketika dia sedang leka memancing dan ayahnya memukat di sungai tersebut, tiba-tiba muncul seekor buaya berwarna hitam yang terus menerkam Jailani.

"Saya terpaku seketika sebelum cuba mengejar jejak buaya itu berdasarkan kocakan air dari tebing sungai, tetapi buaya dan bapa saya terus lenyap ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment