
ZURAIDAH Bakar memberikan susu botol kepada Zulaikha Ahmad Fitri di rumah sewa mereka di Kampung Baru Paya Kechut, Tikam Batu dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Setiap kali laungan takbir bergema menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya 1 Syawal, sepasang suami isteri di Kampung Baru Paya Kechut, Tikam Batu, dekat sini hanya mampu menyambutnya dengan linangan air mata.
Bagi Ahmad Fitri Mohd., 35, dan Zuraidah Bakar, 33, bersama empat anak mereka, kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak ada bezanya dengan hari-hari lain.
Ini kerana mereka terpaksa menyambut hari lebaran dalam suasana yang tidak ceria lantaran kesempitan hidup.
Lebih malang, salah seorang anak mereka yang berusia lapan tahun menderita dan mengalami kecacatan kekal akibat komplikasi semasa kelahiran. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment