My Add

Friday 10 August 2012

Selangor panggil semula empat konsesi air

SHAH ALAM, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan yang bersetuju supaya kerajaan negeri melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah lama bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor selaras dengan WSIA.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan memanggil semula empat pemegang konsesi perkhidmatan bekalan air bagi menyelesaikan pengambilalihan syarikat konsesi berdasarkan harga pasaran yang munasabah.

''Bagi mempercepatkan proses ini, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri untuk memuktamadkan pengambilalihan tersebut selewat-lewatnya September 2012," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment