My Add

Friday 10 August 2012

Air: Kelantan salahkan kemarau

KOTA BHARU, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Kerajaan Pas Kelantan disifatkan tidak bertanggungjawab dan cuba lepas tangan apabila menjadikan kemarau sebagai punca kepada permasalahan krisis bekalan air bersih yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan Pas Kelantan hanya bijak beretorik tanpa melihat kesan bakal dihadapi rakyat sekiranya masalah kemarau yang dijadikan alasan itu berpanjangan dan kerajaan negeri pula gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Ibrahim berkata, alasan kemarau yang diberikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sukar diterima kerana banyak negara lain turut berdepan dengan fenomena alam itu tetapi bijak memanfaatkan kemajuan teknologi bagi memastikan rakyatnya sentiasa menikmati bekalan air bersih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment