My Add

Wednesday 8 August 2012

Sokong Utusan, Kayveas diselar

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Kenyataan sokongan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas terhadap laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Ke mana haluan akhbar Tamil?' yang disiarkan baru-baru ini diselar beberapa akhbar Tamil sejak semalam.

Kayveas berkata, kenyataan beliau itu yang disiarkan semalam di salah satu akhbar Tamil menerusi tajuk 'Apa yang dilapor akhbar Utusan Malaysia tidak salah - kata Kayveas' telah mendapat kutukan hebat pemimpin-pemimpin pembangkang terhadapnya.

"Alasan saya menyokong akhbar Utusan Malaysia kerana mendapati akhir-akhir ini sememangnya hampir kesemua akhbar Tamil tempatan seolah-olah dikuasai pihak pembangkang.

"Hari ini, kenyataan saya itu terbukti benar apabila tiga akhbar Tamil yang melaporkan perkara tersebut hanya menyiarkan reaksi pemimpin-pemimpin pembangkang yang rata-ratanya menggesa saya untuk memohon maaf ekoran pendirian saya menyokong Utusan Malaysia," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment