My Add

Friday 10 August 2012

Teh tarik Aik Cheong popular di Indonesia

*DARI kiri) Purnomo Utoyo, Randy Rahtomo, Rike Purnomo dan dua lagi ahli keluarga mereka, Cita Rianti serta Rully Radiptya sedang berbincang ketika ditemui di Jakarta, baru-baru ini.

JAKARTA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Segala-galanya bermula pada tahun 2000 apabila Rike Purnomo dihidangkan dengan minuman teh tarik oleh rakan karibnya di Kuala Lumpur, Aishah Ali.

Kerana tertarik dengan teh tarik itu, Rike langsung bertanya kepada Aishah yang juga bekas wartawan bagaimana cara untuk beliau mengedarkan minuman berkenaan ke negara asalnya, Indonesia.

Kedua-dua wanita itu kemudiannya menjalin kerjasama mencari jalan bagaimana untuk merealisasikan keinginan Rike itu.

Memandangkan Rike sendiri mempunyai pengalaman berdagang, maka bukan suatu perkara yang sukar buat beliau untuk berurusan dengan pengeluar minuman segera popular Malaysia, Aik Cheong yang berpusat di Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment