My Add

Friday 10 August 2012

VADS mahu takluk pasaran Indonesia


*SEBAHAGIAN daripada kakitangan VAD yang bertugas di Pusat Operasi VADS, Petaling Jaya.

Oleh AHMAD FADZIL ZAINOL ARIFFIN
PETALING JAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyumberan luar, VADS Bhd. (VADS) melihat Indonesia sebagai pasaran baru yang mahu diterokainya dengan lebih luas seiring dengan perkembangan ekonomi negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Azhar Yahya bagaimanapun berkata, pihaknya masih menilai setiap potensi yang membolehkan kepakarannya ditawarkan di sana.

Kata beliau, setakat ini, syarikatnya telah pun menyediakan perkhidmatan penyumberan luar di Jakarta dan Jogjakarta.

"Kami menilai untuk meluaskan perkhidmatan ICT ke sana. Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal dan tiada sebarang bentuk penilaian kos dan lokasi ditentukan," katanya kepada pemberita semasa lawatan media ke pusat operasi dan ibu pejabat VADS, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment