My Add

Friday 17 August 2012

Tindakan OIC, Malaysia bukti ketegasan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Tindakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia menggantung keanggotaan Syria menunjukkan ketegasan organisasi itu dalam peranannya membela kebajikan serta keselamatan seluruh masyarakat dan negara Islam.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, keputusan itu perlu bagi memastikan nyawa dan masa depan rakyat Syria tidak diperjudikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan strategik politik golongan tertentu.

Menurutnya, keputusan tegas itu tidak akan menjejaskan prinsip penubuhan OIC, sebaliknya merupakan tindakan diplomasi preventif bagi menyelamatkan masyarakat Islam daripada terus menjadi mangsa situasi pergolakan yang tidak menentu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment