PUTRAJAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Tujuh negeri berjaya menyelesaikan seratus peratus urusan pendaftaran Pindah Milik Tanah dalam masa sehari sepanjang Jun tahun ini.
Negeri-negeri tersebut adalah Perak, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Pencapaian Pentadbiran Tanah Negeri itu diumumkan dalam Mesyuarat Ke-68 Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataannya di sini berkata, Pulau Pinang mencatatkan peratusan terendah penyelesaian seratus peratus pendaftaran Pindah Milik Tanah iaitu sebanyak 84.68 peratus. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment