My Add

Thursday 9 August 2012

Rayuan Khairy batal saman Anwar ditola

kOleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin gagal di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai di ibu negara, empat tahun lalu.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Zaharah Ibrahim dan Anantham Kasinather menolak rayuannya hari ini.

Mahkamah berpuas hati, rayuan Khairy bagi membatalkan saman itu tidak sesuai untuk dibenarkan pada peringkat ini tanpa hakim bicara terlebih dahulu mendengar dan memutuskan merit saman tersebut.

Dengan itu, kes saman Ketua Pembangkang tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 dan 20 November depan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Khairy turut diperintah membayar kos RM10,000.

Beliau merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Disember tahun lalu menolak permohonannya untuk membatalkan saman fitnah yang dikemukakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment