My Add

Sunday 19 August 2012

Umat Islam perlu bersatu tanpa fahaman politik

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogos, 2012: Umat Islam tanpa mengira pendirian politik di negara ini perlu bersatu menentang golongan yang cuba menghina atau mencabar agama mereka.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam harus menjauhkan diri daripada bersekongkol dengan golongan berkenaan, khususnya yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan syariah (perundangan) Islam secara keseluruhannya.

Malah katanya, adalah menjadi kewajipan untuk menghalang golongan tersebut daripada terus menghina agama Islam dan bukannya mempertahan atau bersama dengan mereka.

"Kita perlu halang sesiapa sahaja yang menentang agama Islam atau golongan yang bersekongkol dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan itu menentang syariah Islam sepenuhnya, mereka harus dijauhi dan tidak boleh didampingi." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment