My Add

Sunday 19 August 2012

Terus berpegang kepada konsep 1Malaysia

KOTA KINABALU, SABTU, 18 Ogos, 2012: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyeru warga Malaysia di Sabah supaya terus berpegang teguh kepada konsep 1Malaysia yang ilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perpaduan dan kestabilan kini adalah hasil komitmen dan kesungguhan seluruh rakyat negara ini, yang cintakan keamanan dengan sentiasa berusaha memelihara serta mengekalkannya.

"Ini sekali gus bertepatan dengan konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri kita, dan saya yakin ia merupakan satu cara untuk kita semua sentiasa memberi fokus untuk menyokong satu sama lain dalam waktu susah mahupun senang.

"Saya mahu warga Malaysia di Sabah bukan sahaja memahaminya, tetapi turut menghayati dan mengamalkannya," katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Aidilfitri.

Musa berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memiliki rekod cemerlang dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan, tanpa mengira latar belakang dan meminggirkan mana-mana kaum.

"Namun, kita tidak pernah terlepas daripada menjadi bahan fitnah dan tohmahan pihak-pihak tertentu. Justeru, saya menggesa para pemimpin agar memberi penjelasan kepada rakyat tentang hal yang sebenar bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu, yang cuba memutarbelitkan fakta," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment