My Add

Friday 10 August 2012

Unisel lengang, pelajar diarah pulang bercuti


*SAKI baki pelajar beransur-ansur meninggalkan kampus setelah diarahkan bercuti berikutan kemelut asrama Unisel yang masih belum ada jalan penyelesaian.

KUALA SELANGOR, KHAaMIS, 09 Ogos, 2012: Universiti Selangor (Unisel) lengang apabila majoriti pelajarnya beransur-ansur meninggalkan kampus induk di Bestari Jaya di sini setelah diarahkan bercuti oleh pihak pentadbiran universiti bermula hari ini.

Kebanyakan mereka pulang ke kampung halaman masing-masing, selain ada juga pelajar yang mengikuti program anjuran universiti.

Pelajar ijazah kejuruteraan mekanikal, Lee Wei Pin, 22, yang berasal dari Johor terpaksa memandu pulang semula ke kampung halamannya walaupun baru mendaftar semalam.

"Letih memandu semalam masih belum habis, hari ini kena memandu lagi. Menyesal pula rasanya daftar semalam. Kalau tahu begini keadaannya lebih baik saya datang selepas cuti sahaja," katanya dengan nada kesal ketika ditemui. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment