My Add

Friday 10 August 2012

Selepas Unisel, KUIS pula hadapi masalah kewangan?

SHAH ALAM, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Selepas Universiti Selangor (Unisel) dikaitkan dengan masalah kewangan, sebuah lagi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula didakwa sedang menghadapi kemelut sama.

Perkara itu diakui sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajarnya, Mohd. Firdaus Hashim yang mendakwa masalah itu timbul ekoran daripada jumlah pelajar yang semakin berkurangan hingga menyebabkan pihak pengurusan KUIS tidak lagi mampu untuk membuat bayaran kepada syarikat konsesi pengurusan asrama, Redha Resources Sdn. Bhd. (RRSB).

Beliau mendakwa, berdasarkan perjanjian konsesi itu ia menyatakan, KUIS perlu membuat bayaran sebanyak RM13.8 juta setahun kepada RRSB yang bertanggungjawab menguruskan operasi asrama di universiti berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment