My Add

Wednesday 22 August 2012

Warga emas maut kereta bertembung pacuan 4 roda

KUANTAN, SELASA, 21 Ogos, 2012: Seorang warga emas maut manakala isteri dan anaknya cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 71, Jalan Kea Farm-Tringkap dekat Cameron Highlands, lewat semalam.

Dalam kejadian 7.20 petang itu, mangsa, Saad Othman, 68, dari Taman Ehsan, Kepong, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohamad Zahari Wan Busu, ketika kejadian mangsa bersama isteri, Namezan Jalil, 63, dan anaknya, Abdul Hafiz, 35, dalam perjalanan dari arah Tringkap menuju ke Kea Farm.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan dipercayai terbabas dan masuk ke laluan mangsa.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment