My Add

Wednesday 22 August 2012

Pemuda minta hutang RM30 mati dibelasah rakan

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012 Hanya kerana meminta membayar hutang RM30, seorang buruh kontrak mati setelah dibelasah rakannya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, dekat sini awal pagi semalam.

Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 4 pagi tadi akibat cedera parah di kepala dan tangan kirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt. Tan Ah Chua berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah suspek, seorang lelaki berusia 55 tahun, berang apabila Mohamad Khairul Anuar meminta membayar hutangnya.

"Pada kira-kira 6 petang Sabtu lepas, mangsa dikatakan bergaduh dengan suspek yang berhutang RM30 dengannya.

"Akibat tidak puas hati dengan pergaduhan itu, suspek dan rakannya pergi ke rumah sewa mangsa kira-kira 4.30 pagi semalam menyerang mangsa menggunakan kayu panjang,” katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment