My Add

Sunday 19 August 2012

Yayasan Sofa tidak urus pelajar masuk Al-Azhar

SEREMBAN, SABTU, 18 Ogos, 2012: Yayasan Sofa menjelaskan, yayasan itu hanya menguruskan ujian kemasukan (imtihan qabul) ke Universiti Al-Azhar serta kursus Bahasa Arab di negara ini.

Yang Dipertuanya, Abdullah Abdol Razak berkata, pihaknya tidak terlibat untuk menetapkan tarikh keputusan kerana ia adalah tertakluk kepada pihak Universiti Al-Azhar sepenuhnya.

"Yayasan Sofa hanya berperanan sebagai penyampai maklumat keputusan dan tidak terlibat dalam pemeriksaan mahupun pemarkahan imtihan qabul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan menjalankan imtihan qabul itu dibuat oleh pihak Al-Azhar bermula tahun 2009 yang telah pun dipersetujui oleh kerajaan.

"Peperiksaan saringan kemasukan ke Universiti Al-Azhar berdasarkan ketetapan Al-Azhar, hasil persetujuan bersama Sheikh Al-Azhar melalui ketetapan 524, 527 dan 577 bermula tahun 2009 yang melihat kegagalan sebahagian pelajar negara ini dalam peperiksaan tahunan fakulti di bawah seliaan Al-Azhar," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment