My Add

Sunday 19 August 2012

Aidilfitri hambar bagi Selamat, Hasniah

PONTIAN, SABTU, 18 Ogos, 2012: Sambutan Aidilfitri yang akan diraikan esok cukup hambar dan pilu bagi pasangan Selamat Kosnan dan Hasniah Abd. Hussin yang kehilangan dua orang anak mereka dalam kejadian kebakaran di pekan Ayer Baloi, Mac lalu.

Bagi mereka, kenangan kepada Khusnul Khotimah, 13, dan adiknya, Rohman, 12, yang terbunuh dalam kejadian itu membuatkan kedatangan Syawal tahun ini cukup memilukan tatkala setiap kali melihat tapak rumah kedai yang kini telah dibangunkan semula.

Menurut Selamat, walaupun hampir lima bulan kejadian tersebut berlaku, dia dan isterinya tidak dapat melupakan peristiwa tersebut, begitu juga dengan empat orang lagi anaknya.

"Seperti kanak-kanak pada usia tersebut, mereka berdua merupakan yang paling gembira apabila tiba hari raya, namun, kini kedua-duanya telah hilang buat selama-lamanya daripada pandangan kami," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment