My Add

Monday, 1 October 2012

14 termasuk pegawai JPJ diberkas

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Satu sindiket menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan yang diseludup sehingga mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit berjaya dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sindiket yang aktif sejak beberapa tahun lalu itu, turut dikesan menawarkan perkhidmatan bagi memperbaharui cukai kenderaan tamat tempoh melebihi setahun tanpa perlu pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).

Malah, sindiket itu juga licik kerana mampu menukar segala butiran lain berkaitan kenderaan, termasuk nama geran dan pemilik asal.

Bagaimanapun, kegiatan yang beroperasi di Pahang dan Perak serta didalangi 'orang dalam' agensi terlibat, tumpas ekoran penahanan 14 individu, termasuk dua pegawai penguat kuasa, orang tengah (runner) dan ejen insurans. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment